Wednesday, August 24, 2011

iPhone 4 8GB


Bunyi tajuk da macam aku nak jual iPhone, hehe. Entri kali ni cuma nak berkongsi lah. Sekarang ni Apple sedang dalam proses pembuatan mengeluarkan iPhone 4 dalam spesifikasi yang lebih rendah iaitu 8GB. Tanpa kenyataan penganalisa pemasaran, kita sendiri boleh tahu lepas ni Apple akan meraih lebih Keuntunggan. Siapa tanak pakai telefon pintar, betul? Sekarang, mereka fokus kepada mereka yg berpendapatan rendah.

PENILAIAN MEMBABI #1
  • Orang yang naik kerete BM-dabel-yu lepas ni pun terasa 'low level' bila tengok matrep pakai iPhone 4. Woooooo ! Takleh jadi, kena cari yang lagi canggih eh?
Kalau nak ikutkan syarikat mana yg mengetuai bahagian pembuatan macam misteri. Tapi utk iPhone 4 8GB ni diberikan kepada syarikat di Korea. Nama? Pun tidak mahu dikemukakan oleh Apple. Biasa lah, bukan buat biskut raya boleh bagi resepi kat orang.

PENILAIAN MEMBABI #2
  • Tak pelik lah kalau kita tengok Samsung, Toshiba, HTC dan sesetengah syarikat yg mampu membuat telefon pintar yg boleh tahan gempak! Mana taknya, Samsung antara salah satu pengeluar utk Apple punya 'video chip processor'. Kontraktor mereka pula kebanyakan daripada Taiwan.
Bila keluar? Dijangkakan keluar lagi beberapa minggu, mungkin berbulan kalau nak dipasarkan dekat Malaysia. Jadi, apa tunggu lagi? Pergi lah menabung untuk beli telefon pintar ni.

PENILAIAN MEMBABI #3
  • Nati orang pakai tuh, cemburu. Lepas tu sanggup tak makan pagi petang siang malam sebab nak telefon baru. Sikit-sikit tukar telefon. Kaya betul korang ni. Tapi takpa, sebab bukan aku yg keluar duit utk telefon baru korang, hehe.
Akhir sekali, kebanyakan daripada kita tahu yg Apple akan mengeluarkan kenyataan yg dijangkakan gempak tentang iPhone 5 pada 7 haribulan September. Kita hanya dapat tengok kemajuan orang saja la nampaknya.

Bila aku tengok dari segi pemasaran Apple, memang takda cacat celanya, macam semuanya lancar mengikut perancangan. Memang kita semua boleh belajar cara mereka yang mengadaptasi daripada keadaan semasa, walaupun kita tak dapat menandingi kehebatan teknologi mereka.

2 comments:

.:rizaL:. said...

indeed. spe yg bleh lwn apple pny product kan? tech dia je bkmbg setiap saat...

Anonymous said...

I really liked the article, and the very cool blog